I made this widget at MyFlashFetish.com.

To be nobody but yourself in a world which is doing its best, night and day, to make you like everybody else, means to fight the hardest battle which any human being can fight; and never stop fighting...!!~

Tuesday, September 6, 2011

Counseling #1

(^^)v

060911 --> 3rd day di OPD. OPD is like @#$%^&*~~~~~
tambah pulak saya masuk OPD lepas cuti perayaan. heh! terbaek ok. T_T

orait. tadi Ms Yee May ade brief saya sket2 pasal counseling since saya bulan9 nih under counseling.
Die ajar cara nak guna Oxymethazoline Nasal Drop, Budesonide Nasal Spray, Soliwax Ear Drop, Clotrimazole Vaginal, Premarin.
MDI + insulin --> homework~ T_T

Then, die suh balik cari macam mane nak makan Fosamax [alendronate Na 70mg + Cholecalciferol 70mcg] dan Bonviva [Ibandronic acid 150mg].
Both adalah untuk treat osteoporosis [increase bone mass, prevent fracture and all those thing la eh~]

Cara nak makan:
  1. Pilih 1 ari yang rasa selesa and mudah untuk amik ubat.
  2. Ubat ni ambik waktu pagi. Bila bangun dari tido, sebelum breakfast, ambik 1 bijik. Perlu diambil ketika perut kosong ye...
  3. Telan the whole tablet dengan segelas air masak. xmo guna air mineral eh sebab air mineral mungkin tinggi dengan Calciyum! pastu xmo kunyah atau isap ubat tu (potential oropharyngeal ulceration --> sakit ulu hati ke nih? haha.tatau.). kena telan!
  4. semasa nak makan ubat, patient perlu duduk atau standing in upright position. you can continue with ur daily activities --> sit, stand, walk and bla bla bla as long as u stay fully upright.
  5. Jangan baring, makan, minum atau amik ubat lain selama 30 minutes.
ok. cara makan sama jek. beza nye,,,
FOSAMAX tu once per week [1 kotak ade 4 tabs].
BONVIVA
pulak once per month [1 kotak cuma sebijik jek]

Kalau missed dose:
FOSAMAX --> amik keesokan hari nya bila ingat. jangan amik 2 bijik dalam 1 ari ye... means dun dabel the dose lah... BUT, for the next week, return to take 1 tab once a week as originally scheduled.
BONVIVA --> take the next morning unless the time to the next scheduled dose is within 7 days.

berserta dengan ubat nih ade sticker, so patient bole tampal sticker tu dekat calender dorg as reminder la... macam FOSAMAX ade 4 bijik kan, so ade 4 sticker and sticker ke-4 tu ade tulis reminder untuk suh patient g amik ubat lain...

both adalah ubat yang ada kuota eh. so kalo nak bagi tu check name patient dulu ok!

ok itu aje...kalau saya rajin saya tulis counseling yang lain pulak...

Wednesday, August 31, 2011

Paed Dosing~

(^^)v
Selamat Hari Raya
dan
Selamat Hari Merdeka MALAYSIA~! (^_^)

280811 saya keje nite shift, alhamdulillah nite shift relek jer. dapat pulak ms kiren yang sangat lah OK. dia tak tido pon. sesetengah pegawai suka gilir-gilir. tapi ms kiren ritu tak pon. dia allocate + filling dekat blakang, saya regist + dispen dekat depan (^_^) --> i do hate filling. sebab malaih la nak cari-cari ubat (-_-')

since tak baper busy sangat, saya baca la buku-buku yang ada dekat kaunter tu (next time nak bawak novel la.ini tak, abis suma buku ubat-ubat saya bukak.haha)... ade sorang 'cikgu' suruh saya ingat doses untuk paeds sebab some pegawai suka tanya... huuu~~ baeklah~!!
  1. Amoxy + Clavulanic 228mg/5mL [Augmentin] --> Recommended dose : 25 - 45 mg/kg/day BD

  2. Ampicillin + Sulbactam 250mg/5mL [Unasyn] --> Recommended dose : 25 - 50 mg/kg/day BD (<30kg), if more than 30kg used adult dose 375 - 750 mg BD

  3. EES 200mg/5mL --> Recommended dose : 40 mg/kg/day BD or QID. Up to 100 mg/kg/day in severe infection.

  4. Sulphamethoxazole 200mg + Trimethoprim 40mg /5mL [Bactrim] --> Recommended dose : 1.5 - 3 mg/kg/day BD

  5. Cloxa Na 125mg/5mL --> Recommended dose : 50 - 100 mg/kg/day QID (<20kg), if more than 20kg, 250 - 500 mg QID. ***only for >1month old.

  6. Phenoxymethylpenicillin 125mg/5mL [Penicillin V] --> Recommended dose : 25 - 50 mg/kg/day TDS or QID (<12 years old). ***the dose not include prophylaxis of pneumococcal infection + recurrent rheumatic fever.

  7. Cefuroxime 125mg/5mL [Axetil] --> 10 mg/kg/day BD, max : 250mg daily. Otitis media : 15 mg/kg/day BD. Severe infection : max 500mg daily.

  8. Nystatin 100 000 units/mL --> Recommended dose : 1 mL QID for infant, 1 - 6 mL QID for child and adult

  9. PCM 120mg/5mL [Panadol] --> Recommended dose : 15 - 20 mg/kg/day QID depending on condition.

  10. Chlorpheniramine maleate 2mg/5mL [Piriton] --> Recommended dose : 1 mg BD (1 - 2 years old), 1 mg 4 to 6 hours max 6 mg (2 - 5 years old), 2 mg 4 to 6 hours max 12 mg (6 - 12 years old).

  11. Bromhexine 4mg/5mL [Bisolvan] --> Recommended dose : 1.25 mL TDS (<2 years old), 2.5 mL TDS (2 - 6 years old), 5 mL TDS (6 - 12 years old)

  12. Salbutamol 2mg/5mL [Ventolin] --> Recommended dose : 0.1 mg/kg QID (<2 years old), 1 - 2 mg every 6 to 8 hours (2 - 6 years old), 2 mg every 6 to 8 hours (6 - 12 years old)

  13. Diphenhydramine HCl Expectorant [Benadryl infant] --> Recommended dose : 5 - 10 mL QID. it is best for child < 6 years old.

  14. Benadryl adult --> Recommended dose : 2.5 mL QID (1 - 5 years old), 5 mL QID (6 - 12 years old), 5 - 10 mL QID (>12 years old).

  15. Promethazine HCl 5mg/5mL [Phenergan] --> Recommended dose : 5 - 15 mg daily (2 - 5 years old), 10 - 25 mg daily (5 - 10 years old).

  16. Metoclopramide HCl 5mg/5mL [Maxolon] --> Recommended dose : 1 mL BD (<1 year old), 1 mL BD or TDS (1 - 3 years old), 2 mL BD or TDS (3 - 5 years old), 2.5 - 5 mL TDS (> 5years old).

  17. Prednisolone 2.5mg/5mL --> Recommended dose : 0.14 - 2 mg/kg/day QID (< 12 years old)

  18. Multivitamin Syr --> Recommended dose : 5 mL OD for Tx and Px of vitamin deficient

  19. Oseltamivir 12 mg/mL [Tamiflu] --> Recommended dose : 30 mg BD, (< 15kg), 45 mg BD (15 - 23kg), 60 mg BD (23 - 40kg), 75 mg BD (> 40kg)

  20. Albendazole 200mg/5mL [Zentel] --> Recommended dose : 200 mg single dose (1 - 2 years old), 400 mg single dose (> 2 years old)

  21. Tripolodine HCl 1.25 mg + Pseudoephedrine 30 mg / 5mL [Actifed] --> Recommended dose : 2 - 5 mL TDS (2 - 5 years old), 5 mL TDS (6 - 12 years old). Contraindicated in < 2 years old.

  22. Loratadine 1 mg/mL [Clarityne] --> Recommended dose : for 2 - 12 years old, 5 mL OD (< 30kg), 10 mL OD (> 30kg). Contraindicated in < 2 years old.

  23. Hyosine N - Butylbromide 1 mg/mL [Buscopan] --> Recommended dose : 10 mL TDS (6 - 12 years old). Not recommended for < 6 years old unless justified by Doc.
em3,,, syrup yang common --> PCM, Penicillin V, Benadryl... ini je kot yang salu bagi... Penicillin V tu yang kene dilute dulu tu, perlu aja sikit parents tu sebab kita just dilute 1st bottle je kan...
ms kiren cakap,,, kite ni Pharmacist, bila dispen tu kena aja patient. bukan setakat cakap yang ni mkn sebijik 3kali / 10mL dua kali sehari~~~ huhu (^_^)

Friday, August 19, 2011

antibiotic Stability~


(^^)v ~~~

orait. table dekat bawah ni adalah antibiotic yang available di HSB.

hari tu (tak ingat dah hari ape tapi the same day saya buat syrup morphine tu), Puan Kiren dekat Satelite 6 bagi assignment nih. die suruh bace sume leaflet untuk sume antibiotic yang ade, cari stabiliti after reconstitution. means once dah bukak, antibiotic tu bole tahan lame mane... Puan Kiren mintax buat bende ni sebab ade sesetengah supply adalah 'cap ayam' --> x brape elok kualiti (produk2 ceni meningkatkan pembaziran sebab tak tahan lame.huhu).

tapi,,, saya baru bace 2 leaflet, encik Edi dari production suruh turun buat syrup morphine. huhu~ DD memang sume bagi dekat PRP, since saya je sorg PRP baru dekat IPD time tu, saya la kene buat huhu~ xpe. learning a new thing xkan penah merugikan (^_^)

so,,, thanx to adik-adik (nabilah+pavi) yang tolong siapkan assignment kak amal nih!~ (^_^)v hehehe



oh ye, due to the case of resistance, some antibiotic required special form kalau nak indent. form tu kaler pink.

antibiotic yang terlibat:
Meropenem, Imipenem, Ertapenem, Vancomycin
...
supposedly kalau Dr indent any of these 4, WITHOUT form kaler pink tu, kite x bole bagi... tapi tengok atas budi bicara la jugak rasenye... kalo dah case tu urgent, terpaksa la bagi tapi tulis la note dekat label tu 'please send abx order form within 72hours'
keempat-empat antibiotic nih perlukan countersign...
rase nye in future akan ditambah lagi senarai tu sebab ade new case of resistance... cephalosporin pny grup. tapi tak ingat ape ntah...

Monday, August 15, 2011

Recepi Sirap Morfin~

ehem3~ lama nye tak update blog hee~~~ (^^)v

ok. harini 15 Ogos 2011, sudah masuk minggu ke-3 saya berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar...
malas la nak intro panjang-panjang sebab ade keje nak buat lagi.

straight to the point,,,
nak buat rekod dekat blog pasal formula membuat Aqueous Morphine 10mg/5mL (ataupun 2mg/mL)...
p/s: formula Aq Morphine antara soalan viva untuk inpatient ktorg.

ALATAN:
Silinder penyukat, Spatula, Corong turas

BAHAN MENTAH:
Morphine HCL BP, Simple Syrup BP, Chloroform water BP qs

MASTER FORMULA:
  1. Morphine HCL BP 4000mg
  2. Simple Syrup BP 500mL
  3. Chloroform water BP qs 2000mL (dekat production HSB pakai chloroform water duplex which means concentration die double. so kena dilute la dulu, 1:1 dengan distilled water.)
***master formula ni untuk 2L. tadi saya kena buat untuk 10L... so kira la yek bape quantity untuk each.
***tapi,,, cane nak explain portion syrup dengan chloroform tu eh? haha tapi tadi saya guna 20g serbuk morphine, 2500mL syrup, 3750mL chloroform water, 3750mL distilled water.

PROSEDUR KERJA:
  1. Timbang serbuk morfin yang diperlukan.
  2. Cairkan chloroform water duplex kepada chloroform water simplex dalam satu container bersih.
  3. Masukkan serbuk morfin ke dalam kontainer mengandungi chloroform water simplex dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan sirap ke dalam campuran morfin dan chloroform. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan aqueous morphine yang telah siap ke dalam bekas yang sesuai dan labelkan.
***since ni DD, so everything pharmacist yang kene buat, filling ke labeling ke tak bole PPF yang buat. so as PRP, DD nih memang keje kite la yek huhuhu~
***tadi saya buat 5 botol of 1L. yang 1L ni untuk farmasi pesakit dalam (FPD). Then, 24 botol of 240mL, yang ni untuk farmasi klinik pakar (FKP).

orait. senang je nak penuhkan extemporaneous prep punya requirement. banyak je dapat buat. Syrup Clonazepam la paling banyak... (^_^)

Thursday, July 28, 2011

Lapor Diri U41~

(^^)v
orait. saya bosan + nervous...
tapi still degil untuk study (-_-'') haha!

21 July lepas dah terima Surat KKM,

"Puan telah ditempatkan di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, untuk menjalani Latihan Siswazah selama satu (1) tahun di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Pindaan 2003). Sila puan melapor diri kepada Pengarah Kesihatan Negeri Kedah pada 1 Ogos 2011."

hehehe
1 Ogos Kedah cuti ye sempena 1 Ramadhan. So lapor diri 2 Ogos tau! Selain Kedah, Johor ngan Melaka kot cuti. ada 3 negeri kalau tak silap...

ok. ape perlu untuk lapor diri?
dalam surat KKM ade state beberapa dokumen yang perlu di fotostat dan sahkan. semua salinan ni perlu dibawa semasa melapor kan diri...

2 salinan yang disahkan untuk setiap dokumen...
1) Surat Setuju Terima Jawatan
2) Surat Tawaran SPA
3) Surat Akuan Sumpah

4) Surat Aku Janji ---> dapat semasa lapor diri

5) Borang Medical Check Up
6) Salinan Ijazah (since kita belom konvo, so tak de lagi la. tapi maybe bole bagi transkrip tu)

7) Laporan Penyata Perubahan (Kew 8) ---> belom dapat

8) Sijil Pendaftaran dengan LFM

9) Kelulusan Tapisan Keselamatan Kasar ---> belom dapat

Dokumen ori jangan tinggal pulak eh... bawak je sume2.haha
1)Surat Tawaran SPA
2) Surat Setuju -Terima Pelantikan (2 helai)
3) Akuan Berkanun
4) Borang Medical Check Up
5) Sijil Pedaftaran Bersyarat
6) Release Letter + Transkrip
7) Statement KWSP
8) Pengesahan Penerimaan Sijil Pendaftarn Bersyarat

2 borang Soalan Keselamatan

as stated dekat blog, sediakan 2 sampul surat + 2 stem 60sen (belom beli lagi stem.esok lah. rini pejabat pos cuti)
Penyata akaun.
yang ni saya tak sure perlu or tak. saya sediakan jek in case dorg mintax.
X-ray yang besar gabak tu bawak je la. kalau agak-agak malu nak usung sana sini, letak la dalam kete. hehe
Lagi???? em bawak la pen, gam, stapler, or whatever la yang korang rase nak guna. hehe masuk kan je sume2 dalam beg =p
Whitecoat jangan lupa pulak.

Lagi ape? anything yang saya terlupa???

. . .

. . . . . . . . . . .
. . . . . . . . .
. . .
.
.
.
i m i s s e d u
a . l . O . t
.
.
.
.
. . . c O u n t i n g . . .

Sunday, July 17, 2011

Dokumentasi U41~

(^^)v

em3. semenjak dapat surat tawaran dari SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), hari-hari saya akan bukak blog iiumrx6th dengan FB PRP
(p/s: macam-macam hal terjadi kan kan3? hahahaha)

First thing yang akan dapat, Surat dari SPA yang mengandungi:

1) Tawaran Pelantikan Tetap Ke Jawatan Pegawai Farmasi Gred U41 ---> DONE!
(surat tawaran ni perlu difotostat, disahkan dan dihantar kepada KKM)
2) Surat Setuju - Terima Pelantikan ---> DONE!
(ada 3 salinan. 1 salinan perlu diposkan semula ke SPA, lagi 2 salinan perlu dibawa semasa melaporkan diri)
3) Dokumen untuk medical check up... ---> DONE!
4) Akuan Berkanun ---> DONE!
(Perlu dibuat di hadapan Persuruhjaya Sumpah atau pegi je dekat Mahkamah)
Selepas menunggu 2 - 3 minggu, sampai la pulak Surat dari Lembaga Farmasi. (surat ni sampai dekat saya memang dah lunyai gila.nasib baik file tu je yang hancur, sijil nye tak.heh!)
Ada 3 dokumen dalam surat tu:
1) Pendaftaran Bersyarat Ahli Farmasi ---> RECEIVED!
2) Sijil Pendaftaran Bersyarat. ---> RECEIVED!
(my number 4194. bukan 4149 tau! kalo tak dah selamat dihantar ke sabah hehe)
3) Pengesahan Penerimaan Sijil Pendaftaran Bersyarat ---> NOT DONE!
(yang ni bawa semasa lapor diri. nanti baru setel kan sebab blom tau kerja kat mana nanti)
Last sekali perlu tunggu Surat dari KKM. ---> NOT RECEIVED YET!
teruskan penantian =)

Sambil-sambil tu buat sedikit persediaan untuk memudahkan prosess melapor diri nanti...
1) Buka akaun KWSP ---> DONE!
2) KWSP akan hantar notis Pengaktifan Nombor Ahli KWSP ---> RECEIVED!
3) Gambar Pastport ---> DONE!
(hari tu ada baca dekat blog kak hanan, rx5, bawa sebanyak mungkin gambar, at least 5keping. banyak macam kat bawah ni shud b enuf la kan.hehe)

Sebelum-sebelum itu,,, (haha) pegi UIA tersayang untuk membuat CLEARANCE.
Then akan dapat:

1) Release Letter. (yang ni ke?.hehe) ---> RECEIVED!
2) Official Transkrip ---> RECEIVED!
(transkrip ni perlu untuk lapor diri nanti. thanx kepada yang tolong hantar kan sampul dekat OSC!)
hahahaha~ cemerlang sungguh nurul amalina!
3 subject yang bagi nightmare untuk saya.
3 subject yang membuatkan saya tak tenang selagi tak exam.
3 subject yang bagi tremor dekat saya bila nak check result.
3 subject yang drag CGPA saya! uhuk3~

tapi apapun, ALHAMDULILLAH~ i'm survive!! (^^)
Berjaya bergelar graduan IIUM setelah 6 tahun yang penuh dengan pahit manis yang hanya terasa manis pabila dikenang di saat ini (",)
Thank you ALLAH~! (^_^)