I made this widget at MyFlashFetish.com.

To be nobody but yourself in a world which is doing its best, night and day, to make you like everybody else, means to fight the hardest battle which any human being can fight; and never stop fighting...!!~

Sunday, April 25, 2010

pEnGisiaN jiWa 2...~

hihi O_~ saje nak update blog... another short story from the novel 'Kembalikan cintaku'..~ ^O^

Ketika ALLAH selesai mencipta syurga, maka ALLAH memanggil malaikat untuk menyaksikan kehebatannya.
Malaikat yang melihatnya telah terpesona dengan kecantikan syurga lalu berkata,
"Nescaya semua orang akan mahukannya."
Lalu ALLAH melindungkan syurga itu dengan kemiskinan, kepayahan dan ujian.
Maka berkata pula malaikat,

"Nescaya, tiada yang berjaya."

Kemudian ALLAH menciptakan pula neraka dan sekali lagi memanggil malaikat untuk melihat betapa azabnya siksaan yang ada di dalamnya. Malaikat yang melihatnya berasa gerun dengan penderitaan yang terkandung di dalamnya lantas berkata,
"Nescaya, tidak akan ada orang yang akan mahukannya."
Tetapi kemudian ALLAH lindungkan ianya dengan emas, kekayaan dan keseronokan,
berkatalah malaikat,

"Nescaya, tidak akan ada yang terlepas."

(^^) maybe ramai yang dah penah dengar cete ni, tapi just nak mengingatkan sesama manusia and diri sendiri jugak yang selalu alpa dengan dunia...

em2... arini 26 april 2010, my last day posting dekat retail pharmacy... (^^) tapi report baru wat 1 ayat hihi later on ah... but I know myself... huhu try to finish it as soon as possible! ok nurul amalina?? ^O^

Tuesday, April 20, 2010

ku sujuD syukuR padaMU~

alhamdulillah~ itu la yang keluar dari mulutku bile mendapat sms daripada 15888 semalam... hehe ^O^ thank you ALLAH atas segala rahmat dan pertolonganMU...

as usual, semester 2, memang menyesakkan saluran pernafasanku... huhu sejak 1st year lagi, sem2 jek mesti ade subjct yang sangkut time midsem... tapi alhamdulliah, still survive till now... and hopefully till the end... aminnnnn~

memang patut saya risau, sebab AICA yang failed time midsem pon blh dapat better dari endocrine yang xde la teruk sangat masa midsem, lulus jek... sebab nye? emm mudah je, saya tak study betul2 untuk endocrine sebab budget subjct tu senang nak dibandingkan dengan AICA huhu sekali kua result, serve your right....!~ (T___T)

dah la 3 credit, adoila nurul amalina (T__________T) aceli baru sedar endocrine 3credit time lepas ospe huhu sengal kamu neh!!! sejak bile kamu jadi x alert ni?? isk3... dah la pegang academic, lg la x logic! adeh2. padahal tau jek code endocrine ---> PHM 3243.. adeh3.. see kalau ALLAH nak tutup hijab, mende senang pon kamu x sedar....

CNS yang dapat 14 jek time midsem, tak serisau endocrine haha lain kali sume subject, study betul2 yek nurul amalina...!~ tapi ritu before nak g exam cns kul 9am tu, call mama abah dulu huhu just like physical pharm dulu... haha ^O^ and alhamdulillah cns dapat dijawab dengan hati yang berbunga-bunga haha tulisan pun lg cantik dari paper2 yang lain sebab paper ni dapat menulis tanpa tekanan huhu

other subjct saya berpuas hati sebab memang itu yang selayaknya untuk saya, sebab tak study beria pon final ritu... kul12 jek, pap! tido.... bgun blk kul 4, 4.45 tido semula haha kul5 bgun mandi, kul6 tido lagi... kul7 bgun terus sampai la jawab exam hehe

endocrine tu bkn la tak puas hati ngan result, syukur banyak2 sebab lulus... tapi tak puas hati ngan diri sendiri... heh!

itulah kisahnya result nurul amalina tahun ke-3 semester 2 sessi 2009/2010... GPA jatuh, CGPA gerak cikit... cikittttt jek naik nye -_-''

Sunday, April 11, 2010

pEnGisiaN jiWa...~

haPpy hOliday everybOdy...!~ em2 just to share satu cerita pendek yang saya bace dr novel yang baru dibaca....

Satu masa dahulu, ada seorang lelaki bernama Abul Hassan yang pergi menunaikan haji. ketika tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi ALLAH, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, aku pasti dia tidak pernah merasa risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu dia bertanya,

"Apakah katamu, hai saudaraku? Demi ALLAH aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau dan tidak seorang pun yang menyekutuiku dalam hal ini."

Abul Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan ketika itu aku yang mempunyai dua orang anakyang sudah boleh bermain dan yang satu lagi masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, 'Hai adikku, sukakah kalau aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"

Jawab adiknya, 'Baiklah kalau begitu.....'

lalu disuruh adiknya baring dan disembelihnya leher adiknya itu. dia yang merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar, kemudian lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala. lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas. ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua...."

Lalu Abul Hassan bertanya, " Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, " Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya jalan yang berbeza. Adapun kesabaran dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu adalah baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak dapat ganti yakni sia-sia belaka."


sungguh ALLAH itu maha berkuasa...

dua novel yang saya bace, seakan2 memberi motivasi kepada diri ini moga kuat menghadapi segala-galanya...

manusia hanya mampu memilih, tapi DIA lah penentu segala-galanya...

DIA lah yang maha mengetahui apa yang berlaku di langit dan di bumi...

detik, saat dan ketika setiap perkara telah ditetapkan sejak di Loh Mahfuz lagi...

sebagai penganut agama agung yang hidup berasaskan 5 perkara, yang beriman dengan yakin akan 6 perkara, kamu harus bersabar walau apa yang terjadi...

DIA tak akan menguji seseorang manusia itu dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh manusia berkenaan...

"TIDAK ADA BALASAN BAGI HAMBA-KU YANG MUKMIN, JIKA AKU AMBIL KEKASIHNYA DARI AHLI DUNIA KEMUDIAN IA BERSABAR, MELAINKAN SYURGA BAGINYA..."