I made this widget at MyFlashFetish.com.

To be nobody but yourself in a world which is doing its best, night and day, to make you like everybody else, means to fight the hardest battle which any human being can fight; and never stop fighting...!!~

Wednesday, June 30, 2010

mR LonS~

(^^)v wee~
Tetibe rajin update blog kan huhu
Lately nih banyak mende nak tulis hihi
[bukak sem nanti,,, sunyi sepi lah blog nih muehehehe]

Em2 kali ni nak bercerita pasal sumbody...
Very special person...
Banyak jasa beliau terhadap diri ini...
haaa sape?
jengjejeng.......!!


haaa inilah orang nya... my lovely cikgu ♥
[credit to Nazmie Samarahan yang bermurah hati mengupload gambar nih]
Kitorang panggil die Cikgu Lon,,, tapi nama die canggih wooo Cikgu Syukron Helmi Assadat Mohsin...! (^^)v at that time, saya pikir ''whuish canggih nye mak ayah cikgu!'' hihi

Ini cikgu fizik saya... jugak guru class saya iaitu 5 Science 3...
Memang sempoi habis rr ini cikgu huhu... sape yang pernah jadi anak murid cikgu mesti mengakui kesempoian cikgu tuh huhu

Banyak aceli mende yang saya nak cete pasal cikgu nih... terlalu banyak sampai tatau yang mana satu patut diceritakan huhu (^^)v

Teringat satu ketika selepas Trial SPM, duk semak-semak semula jawapan yang ktorang dah jawab time trial... [nurul amalina semasa di sekolah, dia akan sangat-sangat berkira kalau markah dia berkurang walau setengah markah huhuuu]
So, masa tu dok check dengan kawan-kawan...
Tibe-tibe.. "eh, jawapan kita lebih kurang la... nape saya dapat kurang?" huhu
and jawapan tu memang betul pun...
Huish! enggak boleh jadi ni... "Cikgu! Cikgu! nape saya x dapat full mark cikgu?"
Pastu,,, haha jawapan cikgu,,, biarlah rahsia... terbangga kejap saya masa tu huhu ^^ Terima kasih cikgu!!! ♥♥♥

Tapi kan cikgu... sowi sangat saya tak dapat ikut nasihat terakhir cikgu huhu
Lepas dapat result SPM, saya ada jumpa cikgu, tunjuk result saya, and tanya pendapat cikgu course ape yang sesuai...
Cikgu cakap "engineering"
opss... berbelah 999 hati saya masa dengar jawapan cikgu tuh T___T
Cikgu bagi pandangan memang berdasar result saya yang memang sangat lah cocok untuk amik Engin since Fizik, Chem, Add Math A1... sedangkan Bio saya B3 T______T
Disebabkan Bio saya ni lah, nanges teresak-esak lepas turun dari pentas muehehe [bila pikir-pikir balik,,, malu weyh!!!!]
Memang ramai sangat-sangat cikgu yang saya rujuk lepas tu huhu naik pening kepala *____*
at last,,, saya ikut nasihat Sir Qais...
"Tunggu je UIA.. InsyaALLAH amalina dapat UIA. Tak kisah la dapat course ape, masuk dulu. Nanti boleh tukar course"
oooyeah....!~
Maka dengan itu,,, beradalah saya di mana saya pada hari ini ^^

"Semoga ALLAH permudahkan urusan guru-guru ku... Semoga hidup mereka sentiasa dalam limpah rahmat dan kasih sayang Mu ya ALLAH... Aminnnn...."

twO-zErO-onE-twO~

2012... ooyeah....!~
(^^)v
mesti ramai yang dah tengok cete nih kan...
em2 cete nih memang best...! tapi,,, message nye x berapa nak best la huhu

Tengah belek-belek buku dekat rak buku abah yang belambak-lambak tuh, terjumpa buku ''Menyangkal Kiamat 2012''
Tangan saya secara otomatik menarik buku tuh and baca sekali lalu...
em,,, best! jom baca...!! ^^

"Sesungguhnya ALLAH, hanya pada sisiNYA sajalah pengetahuan tentang hari kiamat... dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui [dengan pasti] apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal..."
[Surah Luqman: 34]

Percaya kepada hari akhirat merupakan satu daripada rukun iman yang enam yang wajib kita pegang... Kiamat itu pasti datang... Bila??? Wallaahu a'lamu bissawaab... Kiamat hari yang menyenangkan bagi mereka yang beriman,,, dan hari yang mengerikan bagi mereka yang kufur...

Menurut buku ni, pendapat tentang terjadinya hari kiamat ni dikemukakan oleh Lawrence E. Joseph yang menulis buku bertajuk "Kiamat 2012, Kajian Akhir Zaman"
Macam yang saya katakan tadi, kiamat itu pasti bakal akan terjadi... Mungkin 2012, mungkin sebelumnya, mungkin selepasnya...
Tapi! tak perlulah kita amik tau bila kiamat tu akan terjadi, sebaliknya kita perlu tanya pada diri sendiri, ''sudah bersediakah aku untuk menghadapinya??''
Ready kah kamu? T_____T

Kalau belajar dekat sekolah dulu, tanda-tanda kiamat terbahagi kepada 2: Sughra [Kecil] dan [Kubra]
Dalam buku ni pun explain pasal dua bahagian ni [ada banyak mazhab pasal mende nih],,, and kalau tak silap saya, tanda-tanda kecil itu telah terlalu banyak... Diutusnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul/Nabi terakhir merupakan salah satu tanda-tanda kecil...

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Imam Muslim dan Imam Tirmidzi;
"Aku diutuskan oleh ALLAH, dan jaraknya dengan hari kiamat seperti dua jari ini. Tatkala bersabda, Baginda menunjukkan dua jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya. Hal itu menunjukkan bahawa antara peristiwa diutusnya Nabi dengan hari kiamat sangat dekat."
[korang mesti pernah dengarkan hadis antara dua jari ni ^^]

Em2 antara tanda-tanda kiamat kubra adalah munculnya Dajjal...
Dajjal iaitu seorang yang mengaku sebagai Tuhan, yang menabur fitnah di kalangan umat manusia agar meninggalkan agama Islam...

[ya ALLAH ya rabbul a'lamin,,, ku berlindung denganMU dari syaitan dan dari makhluk yang bersekutu dengannya...]

To be honest, saya selalu pikir mende nih... esp before tido [ade masalah tido lately nih -_-]
saya salu terpikir,,,,
cukup kuatkah aku untuk menghadapi saat itu... kuatkah keluargaku... kuatkah orang-orang yang aku sayang???
sudah cukupkah semua amalan ku? ALLAH terimakah segala taubat-taubat ku?
hmm jawapannya saya takde...
hanya mampu berdoa... Doa itu senjata orang muslim rite?

Tuesday, June 29, 2010

cEbisaN~

(^^)v
Dulu masa nak create blog ni, dok pikir-pikir nak letak nama ape... and at the same time tengah dengar lagu 'Piece of Me' by Britney ^^
and then,,, ting...!! hihooo~

I'm Miss American Dream since I was 17
Don't matter if I step on the scene or sneak away to the Philippines
They still gon' put pictures of my derrière in the magazine
You want a piece of me? You want a piece of me?

I'm Miss Bad Media Karma, another day, another drama
Guess I can't see the harm in workin' and being a mama
And with a kid on my arm, I'm still an exceptional earner
You want a piece of me?

I'm Mrs. Lifestyles Of The Rich & Famous
I'm Mrs. Oh My God, That Britney's Shameless

I'm Mrs. Extra, Extra, This Just In
I'm Mrs. She's Too Big, Now She's Too Thin

Oh yeah
Oh yeah

I'm Mrs. You Wanna Piece Of Me?
Tryin' and pissin' me off
Well get in line with the paparazzi
Who's flippin' me off?

Hoping I'll resort to some havoc
End up settlin' in court
Now are you sure you want a piece of me?

I'm Mrs. Most Likely To Get On The TV For Strippin' On The Streets
When gettin' the groceries, no, for real are you kiddin' me?
No wonder there's panic in the industry
I mean, please, do you want a piece of me?

I'm Mrs. Lifestyles Of The Rich & Famous
I'm Mrs. Oh My God, That Britney's Shameless

I'm Mrs. Extra, Extra, This Just In
I'm Mrs. She's Too Big, Now She's Too Thin

Oh yeah
You want a piece of me?
Oh yeah
Oh yeah

So, kalau kamu-kamu rase blog nih macam my diary, jangan la komplen pape eh...
Nama nye pon dah 'PIECE OF ME', or cebisan-cebisan ku... opkos la penuh ngan story about me ^^ aman tanpa perang...!~ (^^)v

Sunday, June 27, 2010

thE traGEdy~

"... yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat. Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak menghukum dengan hukum ALLAH, memakai undang-undang otak manusia. Sebab itu jika mereka mati di dalam perjuangan bangsa, Nabi tidak mengaku ummat..."
[-Ucapan Ustaz Ibrahim Libya, 1985-]

Peace no war (^^)v

^^ bosan-bosan menghabiskan sisa cuti yang berbaki kurang lagi 2weeks ni, saya baca satu buku yang abah baru bawa balik... Tajuk die, "MEMOIR TRAGEDI MEMALI"...

Memali... Peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran saya lagi...
sejak kecik lagi memang selalu dengar pasal Memali... bila sebut je 'Memali',,, ting...! it is something you know... huhuhu Sejarah negeri Kedah yang xde dalam subject Sejarah...

Omong-omong pasal Memali, tingat Dr Wan salu mention pasal Gemencheh dekat dalam class hihi ^^
BUT!,,, Gemencheh tu melibatkan schizo... Patient tu mengalami hallucination... That patient dengar suara yang suruh dia buat semua pembunuhan tu, as it is consider as jihad...
ni saya dengar cete dari my clasmate, ade budak medic yang berpeluang interview pesakit, meremang gak ah roma.. bahaya betol hallucination nih ^^ tapi belajar bab schizo, memang terhibur ^^ kan kan...! tambah-tambah time pegi clerk schizo case dekat Wad Dahlia, Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. Memang happening habis....!~ (^^)v

eh balik semula kepada Memali... Memali nih terletak dekat Baling, kawasan yang agak kampung la... umah saya pun kampung gak, tapi kampung dalam bandar ^^ huhu
19 Nov 1985... tetap akan tercatat sebagai antara hari suram lagi muram... hari terjadinya peristiwa pembunuhan tragis yang tidak mendapat keadilan...
Sejarah tetap sejarah. Dunia hanya mampu mencipta sejarah dari masa ke masa. Namun dunia tidak mampu untuk merubah sejarah lampau. Sejarah tidak boleh dipinda atau direka-reka. [masa sekolah dulu sejarah is my favourite ^^ sebab tu kot tertarik nak baca buku ni...]
em2,,, saya ade gak google pasal mende nih, and terjumpa blog nih, 25 TAHUN MEMALI BUMI SYUHADA' [1985-2010],

"...Beberapa bulan selepas syuhada' dimakamkan di makam Parit Panjang, kebawah DYMM Tuanku Al Sultan telah sudi mencemarkan Duli Tuanku menziarahi dan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar dipusara syuhada'-syuhada' tersebut diiringi oleh Almarhom PSJ PAS Ustaz Fadzil Nor, Almarhom TG Pak Ya Joned, Almarhom TG Ustaz Azahari dan ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong yang lain mengiringi Tuanku. Justeru Tuanku Al Sultan secara resminya menafikan tuduhan yang dihala tuduhkankan oleh Kerajaan BN-UMNO keatas hamba rakyat Tuanku. Alhamdulillah. Masakan pendurhaka kepada agama dan negeri akan dilawati dan Tuanku Al Sultan mencemar Duli menziarah?..."

hihi ^^ kalau nak tau lebih, baca la blog tu... saya malas nak tulis panjang2...
Peace no war (^^)v
~Memoir Tragedy Memali~

Friday, June 25, 2010

bEndanG~

hihi
Bendang?? ape tu? *_*
huhu

haa kalau nak tau, org kedah panggil sawah padi tu bendang... [tatau la kalau org kampung saya jek yang panggil gitu... huhu]

Tapi,,, gambo-gambo yang dekat bawah nih bukan nak tunjuk kehijauan sawah padi dekat depan umah saya tuh,,, haha

since lately nih asik hujan jek siang malam, haaa sawah pun penuh ngan air la... dah macam sungai yang besar haha (^_^) macam pantai pun bole gak kottt huhu


Petang-petang hari lepak tepi sawah ni memang best!!~ superb...! hahaha dengan angin yang sepoi-sepoi,,, huish!! speechless haha (^_^)



Dulu time zaman kanak-kanak ribena salu bekelah tepi sawah, siap duk main aci ligan atas batas antara sawah tuh huhuhu

Bile musim menuai padi pun main sakan gak hahaha macam-macam bulih maen hihi (^_^)
Tapi sekarang nih dah xde aura macam dulu-dulu tuh... dah x rase dah kemeriahannye... -_- macam la sambutan Hari Raya kita yang semakin tak terasa huhu semua orang terlalu sibuk zaman sekarang nih... -_-'

Thursday, June 24, 2010

sebEnaR-bEnar~

(^^)v

".....ada syarat yang harus saya letakkan andai awak ingin mencintaiku. Awak harus lebih dulu menyerahkan cinta Yang Maha Kuasa,,, kemudian Rasul-Nya, kemudian ibu dan bapa... dan jika tersisa,,, berikanlah cinta itu kepada saya..."

adeh...!! terasa sebentar hati ini bila baca mende nih T__T
am I done with all the 'syarat'?

CINTA kepada ALLAH sangat berbeza...
Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya cinta kepada ALLAH membawa kebahagiaan.
Cinta kepada ALLAH adalah cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak.

Dan kerana itulah pabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta manusia...
Dan,,, kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan rasa sayang sesama insan...

Tidak dapat tidak, semua insan memiliki perasaan cinta yang amat indah,,,
ingin mencintai dan juga dicintai...
Namun, cinta yang indah itu kadang kala amat menakutkan...
Cinta yang indah menjadi mimpi ngeri yang membebankan...
Kerana gagal dalam percintaan, insan merana dan merasa hidup sudah tiada maknanya...

Kerana itu...

Carilah cinta ILAHI yang pasti mendamaikan jiwa...
Tidak ada cinta yang lebih agung selain cinta kepada ALLAH dan Rasul-Nya

Ya Allah... berikan aku sejuta kesabaran dalam mencari satu pengertian...
amin ya rabb....!~
T____T

Wednesday, June 23, 2010

i am LegEnd~

(^^)v hihoo~ tajuk xde kaitan langsung dengan post ^^
[i am legend movie yg best la 4 me,,, not bad ahahaha]
tapi,,, lagu dekat bawah ni di petik dari movie yang diadaptasikan dari novel "Lagenda Budak Setan"... penulis nye?? ahaha everybody know lah! huhu ^^
em novel die, BEST!! movie... i dun know lah sbb baru tgk trailer jek huhuhu

Bila cinta kini...
tak lagi bermakna...
yang ku rasa kini...
hanyalah nestapa...
Ditinggalkan cinta masa lalu...
Dulu kau tawarkan...
manisnya janjimu...
yang ku sambut itu...
dengan segenap hatiku...
Bila egkau pergi...
tinggalkanku...
hilangnya cintamu,
menusuk hatiku,
ternyata memilih,
cinta yang fana,
perginya dirimu,
merobek jantungku,
hingga aku terjatuh,
dalam harapan,
Hilngnya cintamu,
Menusuk hatiku,
Hingga ku terjatuh,
Dalam harapan,

phewh....!~ gile jiwang kan... hahaha =O

Saturday, June 12, 2010

waLimah alonG [paRt 3 --> thE w-Day]

(^^)v hihi

semalam, 120610,,, telah berlangsung majlis sambut menantu di Parit Buntar, Perak ^^
alhamdulillah,,, sume dah setel (^^)v

angah and along ^^ [tgah tggu abg zhofran tym nih, along dah naik segan sbb ramai org tgk,,, depan hotel nih]
kakak and along ^^

kak sue a.k.a mak andam hahaha my cousin nih ^^

[sempoi sgt la abg ipar sorg nih...! -_-]


kakak yang ngengade =p

hihi ^^ dapat cupcakes..~ sedap!

abah missing in action haha mana p tatau....

haaa at last,,, everybody is here (^^)v

Wednesday, June 9, 2010

(^^)v

Sunday, June 6, 2010

waLimah alonG [paRt 2 --> thE w-Day]

(^^)v ni pulak walimah di sebelah alor star ^^

...5th June 2010...








waLimah alonG [paRt 1 --> thE a-Day]

(^^)v
hihoo~ baru leh update blog...

em2,,, ni gamba2 along tym akad nikah...
4th June 2010, after solat isya', Masjid Tandop...











Tuesday, June 1, 2010

dOn't jUst shUt uR mOuth~




dalam dunia HAIWAN, tidak ada MANUSIA...
tetapi,,,
dalam dunia MANUSIA, ada HAIWAN...!~

Where is Humanity???!

Free Gaza & Palestine!!!


(^^)v

aiR mata~

kemas-kemas my kotak surat bertechnology,,, i found this email...

Assalamualaikum...
Apa erti tangisan ini??
Jenis-jenis air mata

Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.?

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.?

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.?

Berkata Salman Al Faarisi r.a,
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Berkata Ibnu Qayyim,
Terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


......dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis......
[An Najm : 43]

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering,,, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti,,,kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis yang tercela dan terpuji,,,

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Air mata yang tidak di tuntut!!!

  1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  2. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
  3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  6. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Tangisan yang memadamkan api Neraka,,,

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s,,,

Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit, tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.?Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.

Dari itu……..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu...