Tanggal 9 September 1987, tepat jam 10.30pm, kamu lahir ke dunia ini… lahir mu bukan secara normal, tetapi dengan bantuan forcep [hehe sje nak btau]… kamu di mandikan serta di iqamatkan dengan penuh kasih sayang… dibelai, diasuh dan dididik sebaiknya… diberi didikan agama sejak berumur 5 tahun… Taski ABIM menjadi medan pertama mu dalam menuntut ilmu… kamu meneruskan perjuangan mu di Sek Ren Keb Dato’ Wan Mohd Saman, tetapi kerana kuatir tentang pahaman agama mu, kamu ditukarkan ke Sek Ren Islam Darul Aman [SRIDA]… Ilmu duniawi mahupun ukhrawi kamu kutip di sini… dimantapkan lagi pabila kamu meneruskan persekolahan mu di Ma’ahadil Mahmud Lil Banat [f1-3] dan Lil Banin [f4-5]. Seterusnya, kamu meneruskan lagi perjalanan mu ke alam university pula bagi merealisasikan impian mu dan juga impian kedua orang tua mu, selari dengan maksud namamu ‘Cahaya Harapan Kami’… kamu menjadi harapan kedua orang tua mu… diberikan segala yang kamu inginkan… disediakan segala keperluan mu…
Peperiksaan yang lepas, membuatkan ku terfikir… di manakah silapnya? Aku study. Aku solat. Aku baca Quran. Aku tahu jawapan soalannya. Tapi, kenapa aku tidak dapat menjawabnya? Aku blank dalam exam hall. Kenape?? Aku menelefon mama selepas mengetahui result ku. Then sebelah petang nya, abah pula menelefon ku kerana bimbangkan keadaan ku [time call mama nanges sampai xleh nak cakap, ibu mane yang x risau??]. Pelbagai nasihat yang abah berikan pada ku… sedikit tenang ku rasakan… saat itu ku sedari, betapa penting mama and abah dalam hidup ku… walaupun kadangkala mereka seakan tidak memahami diriku, tapi siapalah aku untuk mempertikaikan kasih sayang mereka… marah mereka kerana sayangkan ku… larangan mereka kerana kasihkan diri ku…
Dengan itu…
ku mengambil keputusan…
untuk pulang pada cuti maulud ini =D
[haha ini je point nye. Nak balik umah weekend ni hehehe~]
[haha ini je point nye. Nak balik umah weekend ni hehehe~]
2 comments:
Nak bubuh komen ni:
Ana suka entri ni..
ngape akak suka? huhu
Post a Comment