I made this widget at MyFlashFetish.com.

To be nobody but yourself in a world which is doing its best, night and day, to make you like everybody else, means to fight the hardest battle which any human being can fight; and never stop fighting...!!~

Monday, July 5, 2010

hOnEy beE~

(^^)v
Em2 aritu before cuti, Mdm Rohani, our lecturer from Pharmacy Practice Department bagi tugasan macam biasa setiap kali cuti 3 bulan...
And kali ni, tugasan tu ditambah dengan satu lagi slot iaitu HMR a.k.a Home Medical Review...
Patient yang perlu dicari adalah mereka yang mengidap asthma or in the lay man language it is called 'lelah' ^^
Ok then, saya pon cari-carilah sesape yang yang ade asthma nih...
And terjumpa kawan sendirik huhu sonang keje den heh! (^__^)

Then, hasil dari interbiu tuh, saya dapat tau die AMAL [haha saje jek =p] kan madu lebah and green tea as a supplement for his atshma condition...
So, kebetulan dekat umah aritu ade ternampak buku yang bertajuk,
"Penawar: Kaedah Perubatan Menggunakan Madu Lebah"
Ok.
Mari kita amik dan baca ape buku ni kata... ^^
Terlalu banyak khasiat madu lebah ni tau... berderet-deret haha
Em2,,, kalau korg nak tau, lebah merupakan makhluk Allah yang istimewa... Dalam Al-Qur'an pon ade Surah Lebah [An-Nahl] kan... Surah ni ade 128 ayat dan diturunkan di Mekah ^^ [dah x berapa ingat cane nak bezakan surah Makiyyah and surah Madaniyyah (-___-!) al-ilmu fi kutub betul nurul amalina nih tau...!]

Menurut buku ini, madu lebah mempunyai banyak persamaan dengan kitab Al-Qur'an...
Di mana madu terhasil dari sari pelbagai bunga yang digunakan sebagai penawar seibu penyakit...
Manakala Al-Qur'an pula merupakan kitab yang mempunyai ajaran-ajaran yang sesuai untuk seluruh ummat manusia. Ayat-ayat suci Al-Qur'an juga seringkali digunakan dalam perubatan Islam...

Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya: "Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati."
Ya... benar dan tepat sekali...!

Ok. Dekat sini saya senaraikan sebahagian ramuan tradisional yang ade dalam buku ni;
  • Penawar lelah, batuk dan barah perut
  • Cara 1: Bawang putih digiling sehingga lumat, perah dan ambil airnya. Kemudian campurkanlah dengan madu lebah asli dan gula. Hendaklah diminum apabila terkena penyakit tersebut.
    Cara 2: Bawang merah dicincang halus, campurkan madu lebah asli dan minum.

    • Rawatan untuk sesak nafas
    • Cara 1: Lobak putih diparut dan diperah air nya, kemudian campurkan dengan madu lebah asli. Minum dengan teratur setiap hari.
      Cara 2: Jintan hitam/Habbatussawda, bawang merah, bawang putih dan minyak lenga digiling dan diambil airnya. Kemudian dimasak. Setelah masak, campurkan dengan madu lebah asli. Minum setiap pagi.


    • Rawatan untuk ubat penenang
    • Cara: Tumbuk biji buah delima sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit madu lebah asli. Sapukan pada bahagian tubuh yang luka atau bengkak [err mungkin luka or bengkak nih sebab die mengganas kot]. Setengah gelas barli atau oat direbus untuk mendapatkan airnya. Berilah minum kepada orang yang sedang menjalani rawat ini. [no need for haloperidol, olanzapin, risperidone and so on hoho~ tapi I'm not so sure penenang di sini bermaksud ape huhu sekadar teringat typical and atypical antipsychotics yang diajar oleh Dr Wan Azizi ^^]

    • Rawatan untuk ketagihan dadah
    Cara: Sediakan minyak bunga mawar dan madu lebah asli dalam kuantiti yang sama. Panaskan minyak bunga tersebut. Kemudian campurkan dengan madu. Setelah sejuk, berikan minum kepada orang yang ketagihan dadah. [ow tak perlu lagi guna Methadone haha~ methadone pun still ade sket withdrawal symptoms kan ^^ tetapi... kaedah nih perlukan kesabaran la kot...]
huhu (^^)v
Harus di ingat... ape pun penyakit, kita mesti yakin bahawa Allah la penyembuh nya...
Bukan doktor, bukan pharmacist, bukan tok bomoh, bukan mane-mane manusia ^^
Manusia hanya berikhtiar, Allah lah penentu nya...

p/s: Ramuan-ramuan ini memang traditional ngeh9~ macam belajar herbal medicine la pulak bile bace buku nih huhuhu ^^ and kalau diperhatikan, bawang pun banyak manfaatnye... tapi saya x suka bawang hoho~

6 comments:

marLee said...

ni klu aku xsilap la..klu ayt makkiyah, die salu stat ayt dgn "ya ayyhuhan nas", klu madaniah "ya ayyuhal mu'minun"..

btol kn klu tsalah..huhu -.-

mutiara bd said...

Selalu jugak baca kelebihan madu. Tapi tak tahu boleh buat ubat ketagihan dadah..(menarik ni)

Tak suka bawang?.. Kalau kena masakan dengan selera, mungkin nt boleh cuba..

ahnaf said...

artikel menarik..
herbal medicine antara yg saya minati..

nuruLamaL said...

btol!! berbeza permulaan tu sbb cara nabi berdakwah kan? kumpulan sasar dakwah tu berlainan. betol kan? hihi

nuruLamaL said...

ahnaf.
amal dah lulus dah subject herbal med (^_^) sem lepas...
lulus setelah bertukus lumus menghafal segala scientific names hoho
jd herbalist kejap sem lepas...

Orthosiphon stamineus...!~ [ni yg plg amal suka huk3]

nuruLamaL said...

eh bile pulak ade comment kak djah nih huhu smlm ade dua jek (-_-!)

a'ah amal pun baru tau madu blh guna utk ketagihan huhu jom p suggest dkt methadone clinic!! hihi~

em bwang putih tu, kalau guna utk menumis ok jek... yg amal x blh nye bile tgk org mkn seketul bwang dlm masakan tu huhuhu