I made this widget at MyFlashFetish.com.

To be nobody but yourself in a world which is doing its best, night and day, to make you like everybody else, means to fight the hardest battle which any human being can fight; and never stop fighting...!!~

Saturday, October 9, 2010

mari kayakan jiwa...!~

(^^)v
Dah lame nak wat post ni aceli…
Baru arini berkesempatan…
Hihi ^^
Zikir Fatimah,,, penah dengar kan?

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…!~

Haaa,,, meh nak cete cket meh… (“,)
Satu cerita tentang puteri Nabi Muhammad saw,
Saidatina Fatimah al-Zahra ra…


Alkisahnye,,, Fatimah ra rasa agak tertekan dengan kesempitan hidupnya. Kehidupan saidina Ali [s.Ali ni husband s.Fatimah] sekeluarga adalah sederhana sepanjang hayat. Beliau tidak dikurniakan harta yang bertimbun-timbun seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain. Kadang-kadang saidatina Fatimah tidak mendapati apa-apa bekalan harian tambahan untuk menyediakan juadah mereka.

So, satu hari, saidatina Fatimah merasakan tak salah kalau beliau berjumpa ayahandanya [Rasulullah SAW] untuk memohon sedikit bantuan. Tentu ayahandanya tidak keberatan untuk menolong [mendoakan kekayaan untuknya] sebagaimana suatu ketika Nabi Musa as pernah mendoakan Qarun. Akhirnya Qarun telah menjadi orang yang paling kaya dicatatkan dalam sejarah kehidupan seorang manusia di atas muka dunia ini.

Apabila berjumpa Rasulullah SAW, Fatimah terus memberitahu hajat dan niat di hatinya. Lantas Rasulullah memberitahu (maksudnya) “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. “Tentu sekali” jawab Fatimah ra.

Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alhamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang
[rujuk sahih bukhari].


Demikianlah, Rasulullah SAW mengajarkan anakandanya suatu zikir yang dapat memberikan kekayaan sejati. Yang dapat mengkayakan jiwa seseorang manusia. Bukan hanya kaya fizikal yang lebih berisiko mengkhayal dan menghanyutkan manusia dengannya. Lantas dengan itu akan menyesatkan manusia itu sendiri dan akhirnya menjadikan jiwa manusia itu miskin, semiskin miskinnya. Seperti Qarun yang akhirnya ditelan jasadnya oleh bumi bersama-sama harta kekayaan yang pernah dibangga-banggakannya itu.

try la... insyaAllah korg rase tenang... zikir kuat-kuat
[tp jgn smpai ganggu org lain pulak! huhu] (^^)v

carilah masa untuk muhasabah diri...
kite hari ini terlalu sibuk mengejar hal dunia,
terlalu leka dengan hal remeh-temeh,
sampaikan kite terlupe,,,
dunia ni R&R untuk kite jek...

wallahua'lam

No comments: